Nexus 7 Secara Rasmi Di Malaysia September Atau Oktober Ini?

Diterbitkan pada September 8, 2012 oleh .

Asus kini telah pun mengemaskini katalog bulanan mereka, dimana kini, melalui katalog bulanan untuk bulan September hingga Oktober, ia turut sama menyenaraikan tablet yang dinantikan ramai, Nexus 7. Walaubagaimanapun, tiada sebarang harga yang disertakan padanya buat masa ini.

Nexus 7 merupakan tablet pertama di dunia yang menggunakan Android 4.1 Jelly Bean, selain turut dijana menggunakan cip pemprosesan empat-teras NVIDIA Tegra 3 1.3Ghz, menyertakan GPU GeForce 12-teras, serta memori sebanyak 1GB RAM. Daripada apa yang Asus senaraikan, hanya versi 16GB sahaja mungkin akan dilancarkan. Asus Nexus 7 ini turut membawakan kamera hadapan 1.2-megapixel, serta bateri sebesar 4325 mAh dengan masa bertahan sehingga 9.5 jam.

Umum sedia maklum yang mana Nexus 7 dibina khas untuk Google Play, memfokuskan kepada pembacaan, dan juga hiburan. Namun, memandangkan para pengguna tempatan masih tidak mempunyai sokongan menyeluruh ke Google Play, seperti membeli majalah, filem dan sebagainya, mungkin ia akan memberi serba sebanyak kesan penjualan kepadanya kelak.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan apakah harga tawaran Asus untuk Nexus 7 di Malaysia kelak.

TIPS & ULASAN