AVG Memberikan Nafas Baru Untuk Perisian PC TuneUP 2013

AVG Memberikan Nafas Baru Untuk Perisian PC TuneUP 2013

Diterbitkan pada Sep 8, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada kemaskini kepada perisian sekuriti dan keselamatan mereka, AVG turut sama memperkenalkan kemaskini untuk aplikasi pengoptimasian komputer daripada mereka, iaitu PC TuneUP 2013.

Bagi yang tidak ketahui, AVG pada Ogos 2011 telah pun mengambil-alih TuneUp Software, dan perisian ini adalah hasil daripada pengambil-alihan tersebut, dimana menggunakan penjenamaan AVG mengantikan jenama TuneUp Utilities yang popular suatu masa dahulu.

Sama sepertinya, ia menawarkan sokongan pengoptimasian untuk komputer Windows anda, membolehkan para pengguna mengemaskan sistem mereka, selain mengoptimasikannya untuk memberikan lebih prestasi, termasuk dari segi prestasi sistem, jangka hayat bateri (sekiranya menggunakan komputer riba), dan pelbagai perkara lain lagi.

Bagi anda yang ingin mencuba dan menggunakannya pada komputer anda, boleh memuat-turun versi percubaan AVG PC TuneUp hari ini, dan mula menjaga prestasi komputer anda dengan lebih mudah lagi.


TIPS & ULASAN