Cari @ Amanz

Kadang-kala, anda mungkin log masuk ke akaun Facebook anda menggunakan pelbagai peranti, seperti di rumah kawan, di pejabat, mahupun di kedai komputer dan sebagainya. Namun, salah satu masalah yang sering dihadapi adalah dimana ramai yang selalui terlupa akan untuk log keluar daripada akaun Facebook mereka ketika meninggalkan sesuatu lokasi mahupun peranti itu.

Dengan fokus kepada sekuriti, dan mengelakkan daripada akaun anda disalah guna pihak lain dan sebagainya, anda boleh log keluar daripada akaun Facebook anda menggunakan peranti lain.

Untuk melakukannya, seperti biasa, anda hanya perlu log masuk ke akaun Facebook seperti biasa, kemudiannya mengakses kepada bahagian Account Settings.

Daripada halaman Account Settings, pilih bahagian Security di sebelah kiri, dan lihat pada bahagian Active Sessions.

Ketika saya sendiri log masuk dan melihatnya, sesi aktif saya adalah sebanyak 5. Ia akan memperlihatkan sesi semasa anda (dimana anda log masuk ke Facebook), selain sesi aktif anda yang lain.

Untuk menamatkan sesuatu sesi di komputer atau peranti lain, hanya klik pada butang End Activity, dan ia akan ditamatkan pada sesuatu komputer dan juga peranti.

Bagi anda yang sering log masuk ke akaun Facebook menggunakan peranti atau komputer milik orang lain, mungkin ini adalah salah satu cara untuk memastikan anda telah log keluar daripadanya, disamping melindungi akaun anda daripada menjadi mangsa sebarang kejadian yang tidak diingini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd