Cari @ Amanz

Dengan peranti mudah-alih yang sering digunakan untuk mengakses internet dan melayari web, lebih banyak web-web tempatan yang dioptimasikan untuknya. Terkini, laman aggregator popular dan antara yang tertua di Malaysia, iaitu Negaraku memperkenalkan sokongan paparan web mudah-alih untuk para pengguna peranti mudah-alih.

Dengan pengenalannya, ia kini membolehkan para pengguna peranti mudah-alih mengakses web Negaraku dengan menggunakan sebarang peranti, sekaligus membolehkan mereka mengikuti pelbagai perkembangan semasa dengan mudah.

Selain daripada versi web, mengikut daripada kemaskini pembangun laman tersebut di web sosial, ia kelihatan berkemungkinan aplikasi Android untuk Negaraku.my turut sama akan diperkenalkan dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd