LG Mempertontonkan Video Promosi Untuk LG Optimus G

LG Mempertontonkan Video Promosi Untuk LG Optimus G

Diterbitkan pada Sep 8, 2012 oleh .

Dengan ramai pengeluar peranti yang memperkenalkan pelbagai peranti baru dan berspesifikasi tinggi mereka sepanjang bulan September ini, nampaknya LG turut sama tidak ingin ketinggalan, dimana terkini mereka telah pun memuat-naik sebuah video baru pada akaun YouTube mereka, mempromosikan LG Optimus G.

Buat masa ini, apakah yang bakal ditawarkan oleh mereka masih tidak diketahui sepenuhnya. Daripada apa yang dipertontonkan, boleh dikatakan peranti empat-teras daripada LG ini akan menyertakan sesuatu yang baru, dan berkuasa tinggi.

Namun, walaupun mereka membawakan sesuatu yang baru, ia masih menjadi tanda tanya sama ada ia akan dibeli ramai pengguna ataupun sebaliknya, memandangkan LG sering tidak memperkenalkan ataupun lambat menawarkan kemaskini dan sokongan untuk peranti mereka.

Walauapa pun, sama-sama kita nantikan apa yang akan dibawakan oleh LG kelak melalui LG Optimus G.


TIPS & ULASAN