Permainan Football Manager 2013 Diumumkan Secara Rasmi

Permainan Football Manager 2013 Diumumkan Secara Rasmi

Diterbitkan pada Sep 9, 2012 oleh .

Dalam banyak-banyak permainan video untuk komputer, permainan yang tidak memerlukan sokongan grafik yang tinggi, tetapi mempunyai peminat yang sanggup berjam-jam memainkannya adalah Football Manager. Terkini, pembangunnya, Sports Interactive dan juga pihak Sega telah pun mengumumkan yang mana permainan simulasi pengurusan kelab bola sepak versi terbaru, Football Manager 2013 bakal dilancarkan tidak lama lagi.

Daripada apa yang diketahui, mereka merancang untuk melancarkannya sebelum hari Natal tahun ini. Football Manager 2013 dilihat bukan hanya membawakan ciri-ciri permainan klasik pada permainan tersebut, tetapi turut sama menyertakan beberapa perkara baru padanya.

Permainan terbaru ini akan menyertakan sokongan rangkaian Steam padanya, membolehkan anda bersaing dengan rakan-rakan lain dengan mudah. Pada masa yang sama Football Manager 2013 ini juga akan membawakan enjin perlawanan 3D yang lebih baik, disamping pengurusan yang lebih menarik berbanding sebelumnya. Sebanyak 5 siri persaingan akan diperkenalkan ketika pelancaran kelak, dan lebih banyak akan ditambah dari semasa ke semasa.

Tiada tarikh pasti yang diberikan buat masa ini, namun Sega seperti biasa, mensasarkan untuk melancarkannya sebelum hari Natal tahun ini.


TIPS & ULASAN