Pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich Terus Meningkat Dari Hari Ke Hari

Pengguna Android 4.0 Ice Cream Sandwich Terus Meningkat Dari Hari Ke Hari

Diterbitkan pada Sep 9, 2012 oleh .

Google telah pun mengemaskini data penggunaan platform Android mereka untuk bulan Ogos yang lepas, dimana daripada apa yang diperlihatkan, ia menunjukkan angka pengguna peranti Ice Cream Sandwich dan juga Jelly Bean meningkat, namun majoritinya masih kekal menggunakan Gingerbread.

Gingerbread, walaupun masih digunakan majoriti pengguna Android, namun ia semakin berkurangan dari hari ke hari. Pada bulan lepas, ianya adalah sekitar 60%, dan berkurangan kepada 57.5% pada bulan ini. Manakala, Ice Cream Sandwich pula meningkat daripada 15.8% kepada 20.9% untuk bulan ini. Ini mungkin adalah kerana lebih ramai pengeluar yang memperkenalkan kemaskini ICS kepada peranti keluaran mereka, disamping pengguna baru yang terus membeli peranti berasasan ICS.

Jelly Bean yang diumumkan baru-baru ini turut sama memperlihatkan perkembangan positif, dimana kini ia merangkumi 1.2% daripada peranti Android di seluruh dunia.


TIPS & ULASAN