iPod Touch Baru Turut Sama Akan Membawakan Skrin Bersaiz 4-inci?

iPod Touch Baru Turut Sama Akan Membawakan Skrin Bersaiz 4-inci?

Diterbitkan pada Sep 9, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan iPhone generasi baru, Apple juga dilaporkan akan memperkenalkan kemaskini kepada keluarga iPod pada minggu hadapan. Dan daripada apa yang kedengaran, ia dikatakan Apple akan hadir dengan iPod Touch dengan skrin bersaiz 4-inci, dan paparan 16:9 padanya kelak.

Ia dikatakan, ia akan kelak berkongsi saiz skrin dengan iPhone generasi baru, namun berkemungkinan akan menggunakan panel skrin yang berbeza dengannya. Kemungkinan untuk iPod Touch menerima kemaskini dari segi cip pemprosesan dan sebagainya juga turut sama diura-urakan.

Selain daripada iPod Touch, iPod Nano dan juga iPod Shuffle turut dikatakan akan menerima kemaskini daripada Apple. Sams-sama kita nantikan 13 September untuk mendengar pengumuman rasmi pihak Apple berkaitan dengannya.


TIPS & ULASAN