Pindahkan Gambar Dari Telefon Pintar Ke Komputer Dengan Mudah Menggunakan Bump

Pindahkan Gambar Dari Telefon Pintar Ke Komputer Dengan Mudah Menggunakan Bump

Diterbitkan pada Sep 9, 2012 oleh .

Terdapat beberapa kaedah untuk anda menghantar dan menerima fail dari telefon pintar ke komputer, dimana yang popular adalah menggunakan sokongan pembaca mikro-SD ataupun wayar terbina. Tetapi bagaimana pula sekiranya anda tertinggal kedua-duanya?

Salah satu aplikasi yang memudahkan proses pemindahan ini adalah Bump, yang mana menggunakan sokongan WiFi dalam memindahkan fail atau dokumen daripada telefon pintar kepada komputer anda.

Terlebih dahulu, para pengguna memerlukan aplikasi Bump terpasang pada telefon pintar atau tablet mereka. Buat masa ini, aplikasi Bump ini ditawarkan untuk para pengguna iPhone dan juga Android.

Sebaik sahaja selesai memasangnya, anda hanya perlu memilih gambar-gambar dan juga fail-fail yang ingin dipindahkan daripada telefon ke komputer. Buka terlebih dahulu laman Bump, dan seterusnya anda hanya perlu menyentuh peranti anda kepada kekunci spacebar pada komputer anda. Ia akan memulakan proses pemindahan secara automatik.

Semestinya terdapat pelbagai kaedah pemindahan yang lain lagi, seperti menggunakan sokongan Bluetooth, menghantar melalui emel dan sebagainya. Namun, Bump merupakan salah satu pilihan yang menarik bagi mereka yang ingin mencubanya, selain turut boleh menjana pautan perkongsian dengan pantas melaluinya.

Muat-turun aplikasi Bump untuk Android dan iOS


TIPS & ULASAN