Cari @ Amanz

Dalam dunia internet dan perkomputeran yang semakin berkembang pantas, kadang-kala, kita sering terlepas untuk melakukan sesuatu perkara pada waktu yang ditetapkan. Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan pengawas masa (countdown timer), dan salah satu yang kelihatan menarik, dan berasaskan web adalah EggTimer.

EggTimer merupakan pengawas masa berasaskan web, dimana ia membawakan antaramuka yang ringkas. Para pengguna hanya perlu memasukkan waktu padanya, seperti berapa minit, saat atau jam sebelum ia mengingatkan anda, dan seterusnya, ia akan membuat kiraan secara automatik pada latar. Para pengguna kemudian boleh melakukan perkara yang diinginkan, termasuk menonton video, dan menggunakan aplikasi lain.

Sebaik sahaja masa tamat, ia akan hadir dengan sebuah pop-up, serta memberikan notis yang masa telah tamat.

Selain daripada EggTimer, sekiranya anda mempunyai sebarang aplikasi desktop atau aplikasi web yang menarik untuk digunakan sebagai pengawas masa, jangan lupa berkongsi bersama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd