Gambar Baru Bangunan Apple Campus 2 Diperlihatkan

Gambar Baru Bangunan Apple Campus 2 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 10, 2012 oleh .

Salah satu projek yang dimulakan oleh Steve Jobs ketika di Apple adalah bangunan baru yang dinamakan sebagai Campus 2, yang mana dibangunkan di Cupertino, dikatakan ramai sebagai bangunan berbentuk kapal angkasa. Setelah gambaran awal bangunan tersebut diperlihatkan sebelum ini, kini 9To5Mac berkongsi beberapa gambar tambahan, memperlihatkan bagaimanakah bangunan tersebut akan kelihatan kelak.

Bangunan ini dijangka siap pada tahun 2015 kelak, iaitu dalam masa tiga tahun lagi. Sehingga itu, mungkin kita akan dapat melihat beberapa perubahan akhir padanya kelak.

Jadi, apa pandangan anda berkenaan rekabentuk bangunan Apple Campus 2 ini?


TIPS & ULASAN