Cari @ Amanz

Lanjutan daripada pengenalan laman Negaraku.my yang mesra peranti mudah-alih, kini pembangunnya turut sama memperkenalkan aplikasi Android untuk laman aggregator terkemuka itu, membolehkan para pengguna Android mengakses dan mengikuti kemaskini dengan lebih mudah lagi.

Menurut pembangunnya, ia masih lagi pada fasa alpha buat masa ini, dan lebih banyak fungsi akan diperkenalkan dalam versi kemaskini akan datang. Antara fungsi yang dirancang adalah termasuk sokongan berkongsi pautan daripada aplikasi lain ke Negaraku, serta sokongan daftar masuk dan keluar daripadanya.

Bagi para pengguna Android, anda mungkin boleh memuat-turun fail APK yang disediakan pembangun, dan memberikan maklumbalas awal berkaitan dengannya, supaya aplikasi versi stabil kelak akan menawarkan lebih banyak perkara menarik kepada para pengguna.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd