Temple Run : Brave – Percuma Untuk Pengguna iOS Untuk Masa Yang Terhad

Temple Run : Brave – Percuma Untuk Pengguna iOS Untuk Masa Yang Terhad

Diterbitkan pada Sep 10, 2012 oleh .

Temple Run : Brave adalah salah satu versi permainan Temple Run yang diperkenalkan dengan kerjasama pihak Disney, bersempena dengan filem animasi terbaru Brave sebelum ini. Dan dalam usaha untuk terus menarik pengguna memainkan permainan mereka, untuk hari ini, permainan tersebut ditawarkan secara percuma untuk pengguna iOS.

Bagi yang sudah memainkan Temple Run, mungkin sedia maklum akan ia membawakan bentuk permainan dimana para pemain perlu lari daripada pelbagai perkara, disamping lompat, dan sebagainya dalam menamatkan misi mereka.

Untuk Brave, ia turut menyertakan kemaskini visual berbanding sedia ada, disamping membawakan persekitaran seperti mana dalam filem Brave. Ia turut sama membolehkan para pengguna memainkan ia sebagai watak Merida daripada filem Brave.

Bagi para pengguna iOS yang berminat, anda boleh dapatkannya daripada AppStore hari ini secara percuma.

Muat-turun Temple Run : Brave


TIPS & ULASAN