Jelly Bean Versi Pembangunan Untuk Galaxy Note 10.1 Tertiris Ke Internet

Jelly Bean Versi Pembangunan Untuk Galaxy Note 10.1 Tertiris Ke Internet

Diterbitkan pada Sep 10, 2012 oleh .

Samsung ketika pengumuman Galaxy Note 2 tempoh hari, mereka turut sama telah mengatakan Galaxy S3 dan juga Galaxy Note 10.1 akan menerima kemaskini Jelly Bean. Menariknya, lebih awal daripada pelancaran rasmi oleh Samsung, kini firmware Jelly Bean awal telah pun tertiris ke arena web.

Menurut SamMobile, Android 4.1 Jelly Bean yang tertiris ini adalah versi pembangunan, dan mungkin tidak berapa stabil berbanding versi akhirnya kelak.

Namun, sekiranya anda telah mendapatkan Galaxy Note 10.1 yang dilancarkan di Malaysia pada minggu lepas, dan tidak sabar untuk menggunakan Jelly Bean, mungkin boleh memuat-turun fail bersaiz 297.7 MB ini, dan mencubanya sendiri hari ini.


TIPS & ULASAN