Astro Menguji Tawaran Astro First Melalui Facebook – Pembayaran Menggunakan PayPal

Astro Menguji Tawaran Astro First Melalui Facebook – Pembayaran Menggunakan PayPal

Diterbitkan pada Sep 10, 2012 oleh .

Dengan arena internet yang semakin meningkat popular, aplikasi Facebook dan pembayaran melalui PayPal turut menjadi kian popular. Penyedia saluran televisyen berbayar terkemuka tempatan, Astro, tidak ingin ketinggalan, dimana kini mereka turut menguji tawaran kandungan video berbayar melaluinya.

Buat masa ini, hanya satu filem sahaja ditawarkan, berkemungkinan kerana masih dalam ujian percubaan awal. Daripada terma yang disertakan oleh Astro pada halaman aplikasi tersebut, ia mengatakan pengguna boleh menontonnya seberapa banyak kali yang para pengguna inginkan dalam tempoh 48 jam sejak ia dibeli.

Ia masih tidak diketahui sama ada ia akan turut diintegrasikan bersama kepada akaun Astro TV ataupun tidak, memandangkan daripada apa yang kami lihat, tiada pilihan untuk mengintegrasikan kedua-dua akaun tersebut.

Namun, apa yang menariknya adalah medium pembayaran yang menggunakan PayPal. Mungkin ia akan menjadi pilhan bagi mereka yang mempunyai lebihan wang PayPal dan ingin menghabiskannya.

Sokongan kelajuan rangkaian internet minima yang diperlukan tidak dikongsikan pada halaman aplikasi Facebook tersebut buat masa ini.

Tips awal daripada Arif Ishak


TIPS & ULASAN