Twitter Mobile Web Kini Membolehkan Pengguna Android 4.x Dan iOS6 Memuat-Naik Gambar

Twitter Mobile Web Kini Membolehkan Pengguna Android 4.x Dan iOS6 Memuat-Naik Gambar

Diterbitkan pada Sep 11, 2012 oleh .

Sokongan memuat-naik gambar pada Twitter bukanlah sesuatu yang baru, dimana diperkenalkan secara rasmi pada tahun lepas hasil kerjasama bersama Photobucket. Dan kini, sokongan tersebut diperluaskan kepada para pengguna Twitter Web pada peranti mudah-alih mereka.

Fungsi ini walaupun mungkin tidak digunakan ramai (memandangkan mungkin pengguna peranti Android dan iOS mempunyai aplikasi Twitter terbina), namun ia adalah salah satu perkara tambahan dan naik-taraf yang diperkenalkan oleh Twitter. Buat masa ini, ia masih lagi tidak diketahui adakah Twitter akan memperluaskannya kepada platform lain ataupun Android dan iOS versi sebelumnya.

Ia diperkatakan Twitter akan memperkenalkan sokongan ini secara rasminya selepas Apple mengumumkan pelancaran iOS 6 kelak.


TIPS & ULASAN