Cari @ Amanz

Jikalau dulu, Angry Birds menjadi permintaan ramai untuk peranti mudah-alih, kini Instagram pula menjadi tumpuan. Dan selepas memperkenalkan untuk Android, kini aplikasi tersebut juga dikatakan akan hadir ke platform Windows Phone tidak lama lagi.

Perkara ini mungkin adalah salah satu perkara yang boleh dijangka, memandangkan pengambil-alihan Instagram oleh Facebook telah pun selesai sepenuhnya baru-baru ini, dan Microsoft pula mempunyai pegangan saham pada Facebook.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui lagi bilakah aplikasi Instagram akan dilancarkan untuk windows Phone. Menariknya, memandangkan Microsoft telah pun mengumumkan beberapa fungsi lensa menarik pada Windows Phone 8, dan juga Nokia yang bakal hadir dengan Lumia 920 dengan teknologi PureView, mungkinkah Windows Phone akan menjadi platform yang diminati mereka yang gemar merakamkan gambar?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd