Kini Anda Boleh Berkongsi Fail Dari SkyDrive Terus Pada GMail Dengan Mudah

Kini Anda Boleh Berkongsi Fail Dari SkyDrive Terus Pada GMail Dengan Mudah

Diterbitkan pada Sep 11, 2012 oleh .

SkyDrive telah pun diberikan nafas baru oleh Microsft baru-baru ini. Namun, menariknya, selain daripada hanya diintegrasikan pada produk milik mereka sahaja, kini Microsoft turut sama bergerak selangkah kehadapan dengan membolehkan para pengguna GMail menggunakan perkhidmatan storan awan tersebut.

Untuk menjayakan perkara ini, Microsoft bekerjasama dengan pihak Attachement.me, membolehkan para pengguna GMail menambah sokongan SkyDrive pada perkhidmatan emel tersebut. Ia sekaligus membolehkan semua penghantaran fail terus ke SkyDrive dengan mudah.

Untuk menambah sokongan ini, anda hanya perlu ke laman rasmi Attachments.me untuk SkyDrive, dan menambah add-on khas ke pelayar web anda. Sebaik sahaja selesai memasangnya, anda akan disuruh untuk menambah akaun SkyDrive anda ke GMail. Untuk melakukannya, anda hanya perlu melayari laman GMail seperti biasa, dan mengikuti arahan yang diberikan melalui skrin. Sebaik sahaja selesai, anda akan dapat melihat sokongan untuk menambah fail daripada SkyDrive ataupun memuat-naik padanya, dan berkongsi bersama yang lain.


TIPS & ULASAN