Google Drive Membawakan Sokongan Pengeditan Untuk iOS – Menyokong Bahasa Malaysia

Google Drive Membawakan Sokongan Pengeditan Untuk iOS – Menyokong Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Sep 11, 2012 oleh .

Selain daripada Microsoft yang memberikan perhatian pada perkhidmatan storan atas-talian mereka, Google juga turut sama menambah beberapa fungsi baru padanya, dimana melalui kemaskini aplikasi untuk iOS yang baru diperkenalkan, ia membawakan sokongan pengeditan dokumen terbina padanya.

Sokongan pengeditan ini turut sama menyertakan sokongan kolaborasi masa-nyata, membolehkan rakan anda yang lain melihatnya serta-merta. Disamping itu, anda turut sama boleh membuang dan memadam fail pada Google Drive melalui aplikasi iOS ini.

Dari segi sokongan bahasa pula, kemaskini ini turut menyertakan sokongan bahasa Malaysia padanya, sekaligus menjadikannya lebih mesra pengguna tempatan.

Muat-Turun Google Drive Untuk iOS


TIPS & ULASAN