Carian
G Malaysia Bakal Diadakan Pada 3 Oktober – GDG DevFest Malaysia Pada 4 Oktober
September 11, 2012 Aman

Google Malaysia, hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal mengadakan acara tahunan mereka, g|Malaysia pada 3 dan 4 Oktober ini, di Kuala Lumpur. Melaluinya, acara tersebut bakal menghubungkan para pelajar, pembangun, usahawan dan sebagainya yang meminati dunia ICT.

GDG Dev Fest Kuala Lumpur pula merupakan kali ketiga diadakan untuk tahun ini, menghubungkan para pembangun, dimana pihak Google sendiri akan berkongsi pelbagai perkara, termasuk yang berkaitan Android, AppEngine, API daripada Google, dan sebagainya.

Bagi anda yang berminat, boleh mendaftarkan diri di halaman rasmi GDG DevFest Kuala Lumpur 2012 dan juga g|Malaysia 2012 hari ini.

Komen