Google Melancarkan Aplikasi YouTube Untuk iPhone Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Google Melancarkan Aplikasi YouTube Untuk iPhone Dengan Sokongan Bahasa Malaysia

Diterbitkan pada Sep 11, 2012 oleh .

Bagi para pengguna iOS, mungkin sedia maklum yang mana Apple membuang aplikasi YouTube terbina daripada iOS 6 yang bakal dilancarkan pada awal pagi Khamis ini. Menariknya, terlebih dahulu sebelum pengumuman tersebut, kini Google bergerak pantas, dengan melancarkan aplikasi rasmi YouTube kepada para pengguna iOS.

Buat masa ini, aplikasi ini dilancarkan untuk para pengguna iPhone dan juga iPod Touch, dan mungkin kita akan dapat melihat sokongan untuk iPad diperkenalkan oleh pihak Google tidak lama lagi. Dari segi antaramuka, ia kelihatan aplikasi YouTube untuk iPhone dan iPod Touch ini lebih menarik, dan memberikan pengalaman penggunaan dan perkongsian lebih baik berbanding aplikasi terbina yang didatangkan bersama iOS.

Para pengguna tempatan turut sama boleh menggunakan aplikasi ini dalam bahasa Malaysia, sama seperti aplikasi Google Drive yang diumumkan awal pagi tadi.

Muat-Turun Aplikasi YouTube untuk iPhone dan iPod Touch


TIPS & ULASAN