Carian
Sokongan Panggilan Suara Menggunakan Viber Akan Hadir Untuk Nokia Lumia
September 11, 2012 Aman

Nokia terus mengukuhkan kedudukan mereka di arena Windows Phone, dimana selain daripada aplikasi yang dibangunkan sendiri oleh mereka, kini pembangun juga turut membangunkan aplikasi secara eksklusif untuk Nokia Lumia, dan salah satu yang terbaru adalah Viber.

Viber seperti semua sedia maklum, adalah aplikasi yang menawarkan sokongan panggilan suara dan teks secara percuma menggunakan internet. Buat masa ini, sokongan panggilan suara telah pun diperkenalkan untuk Android dan iOS, manakala untuk Windows Phone, ia masih diperingkat beta, dan sokongan panggilan tidak diperkenalkan lagi.

Namun, ia mungkin akan berubah tidak lama lagi, apabila kini Viber mengumumkan mereka akan memperkenalkan aplikasi Viber dengan sokongan panggilan suara untuk pengguna Nokia Lumia dalam masa terdekat.

Ini sekaligus akan membolehkan pengguna peranti Lumia menikmati fungsi tersebut beberapa minggu terlebih dahulu sebelum ia diperkenalkan menyeluruh kepada semua.

Selain daripada pengumuman ini, pihak Viber turut sama berkongsi yang mana kini mereka mempunyai lebih daripada 100 juta pengguna seluruh dunia yang menggunakan perkhidmatan tersebut.

Komen