.MY Domain Registry Mensasarkan 500,000 Domain Berdaftar Menjelang 2016

.MY Domain Registry Mensasarkan 500,000 Domain Berdaftar Menjelang 2016

Diterbitkan pada Sep 11, 2012 oleh .

Beberapa minggu yang lepas, angka domain .MY yang aktif telah pun melangkaui angka 200,000 sejak ia diperkenalkan kepada umum pada tahun 2008. Dan bercakap mengenai sasaran akan datang, mereka mensasarkan sebanyak lebih 500,000 nama domain berdaftar menjelang tahun 2016.

.MY Domain Registry, atau dahulunya dikenali sebagai MyNic merupakan satu-satunya pendaftar nama domain .MY di Malaysia, menguruskan dan mengawal pendaftaran nama domain dengan akhiran .MY.

Menurut mereka, .MY Domain Registry akan terus memastikan produk dan perkhidmatan mereka mengikut trend teknologi semasa, sekaligus menambah angka pelanggan mereka dari hari ke hari.


TIPS & ULASAN