Permainan FIFA 13 Demo Sedia Untuk Dimuat-Turun

Permainan FIFA 13 Demo Sedia Untuk Dimuat-Turun

Diterbitkan pada Sep 11, 2012 oleh .

Bagi para peminat permainan simulasi bola sepak FIFA, kini pihak Electronic Arts telah pun mengumumkan pelancaran FIFA 13 versi Demo untuk PC, Xbox 360 dan juga PlayStation 3, yang mana boleh dimuat-turun dan dimainkan, sebelum versi penuh dilancarkan tidak lama lagi.

Memandangkan ia adalah versi demo, maka sokongan yang disertakan adalah terhad. Para pemain boleh memilih untuk memainkan sebagai pasukan Manchester City, Arsenal, Juventus, AC Milan ataupun Borussia Dortmund padanya, dan menikmati pelbagai bentuk permainan baru yang disertakan bersama-sama dengannya.

FIFA 13 membawakan grafik yang ditambah baik, serta menyertakan Player Impact Engine, sekaligus menyertakan permainan yang lebih realistik berbanding sebelum-sebelum ini. Versi akhir FIFA 13 bakal dilancarkan kepada umum pada penghujung bulan ini.

FIFA 13 Demo Untuk Xbox

Muat-Turun FIFA 13 Demo untuk PC (Origin)

Pautan untuk PlayStation 3 (masih belum aktif)


TIPS & ULASAN