Carian
NexPhone – Satu Peranti Pintar Untuk Semua
September 11, 2012 Aman

Bagaimana sekiranya anda hanya perlu menggunakan satu peranti sahaja untuk telefon, tablet, komputer riba dan juga untuk PC? Perkara ini disasarkan untuk direalisasikan oleh NexPhone, yang mana kini telah pun memulakan usaha mengumpul dana di laman IndieGogo.

[amanz-gallery]

Untuk menjayakan penggunaan satu peranti untuk semua, NexPhone menggunakan platform Android, dan juga Ubuntu untuk Android. Mungkin anda masih ingat akan Ubuntu untuk Android, yang mana menawarkan kebolehan untuk mengubah telefon pintar Android kepada komputer Ubuntu apabila di dock. Dengan sokongan perkara ini, ia membolehkan telefon pintar NexPhone berubah menjadi tablet, komputer riba, mahupun PC dengan mudah.

NexPhone bakal membawa revolusi kepada penggunaan telefon pintar.

Daripada gambaran yang diperlihatkan, NexPhone dan aksesori tambahan yang didatangkan menggunakan rekabentuk futuristik dan minimalis, menjadikannya lebih menarik dan mudah untuk dipegang dan dikendalikan.

Menurut mereka di sebalik projek NexPhone ini, buat masa ini, mereka sedang berhubung dengan pengeluar di China dan juga bersama Canonical untuk membincangkan mengenai penggunaan Ubuntu untuk Android.

Tips daripada Amir Zaim

Komen