Nokia Mengumumkan Lebih Fungsi Menarik Untuk Pengguna Lumia Sedia Ada

Nokia Mengumumkan Lebih Fungsi Menarik Untuk Pengguna Lumia Sedia Ada

Diterbitkan pada Sep 12, 2012 oleh .

Walaupun ramai pengeluar peranti Windows Phone sedia ada masih senyap sejak daripada Microsoft mengumumkan ia akan hanya menerima Windows Phone 7.8 sahaja, Nokia nampaknya melangkah setapak kehadapan, dengan mengumumkan apakah yang bakal diterima oleh pengguna peranti Lumia sedia ada.

Selain daripada beberapa aplikasi khas, seperti City Lens, Nokia Counters, dan beberapa lain lagi, Nokia juga turut mengatakan, mereka akan membawakan Cinemagraph dan juga Smart Group Shot kepada para pengguna meranti Lumia, dengan beberapa fungsi tambahan dalam merakamkan gambar.

Selain itu, seperti semua sedia maklum, ia akan turut sama menawarkan skrin permulaan utama sama seperti Windows Phone 8, membolehkan anda mengubah saiz tiles dengan mudah, dan mengikut citarasa anda.

Disamping itu, Nokia turut sama memfokuskan kepada fungsi permintaan ramai, dimana mereka akan turut sama memperkenalkan sokongan penghantaran fail media menggunakan Bluetooth daripada Lumia ke sebarang peranti dengan mudah. Aplikasi untuk membuat ringtone turut sama akan disertakan oleh Nokia pada kemaskini baru kelak.

Para pengguna Lumia 610, Lumia 710, Lumia 800 dan Lumia 900 bakal diperkenalkan dengan kemaskini ini secara berperingkat. Buat masa ini, Nokia masih tidak mengumumkan sebarang tarikh pasti berkenaan bilakah ia akan memperkenalkannya. Tetapi mereka menjanji akan berkongsi lebih banyak maklumat apabila tarikh pelancaran kemaskini itu semakin hampir.


TIPS & ULASAN