Ubuntu One Music Store Diberikan Nafas Baru – Beli Lagu Dari Web Dan Peranti Mudah-Alih

Ubuntu One Music Store Diberikan Nafas Baru – Beli Lagu Dari Web Dan Peranti Mudah-Alih

Diterbitkan pada Sep 12, 2012 oleh .

Mungkin ramai yang telah sedia kenali akan perkhidmatan Ubuntu One Music daripada pihak Canonical. Hari ini, pembangunnya mengumumkan kemaskini pada perkhidmatan mereka itu, memberikan nafas baru kepada Ubuntu One Music, membolehkan Ubuntu One Music Store diakses daripada web mahupun menggunakan peranti mudah-alih.

Dengan kebolehan mengakses melalui pelbagai peranti, ia membolehkan para pengguna membeli lagu daripada laman tersebut dengan mudah.

Untuk makluman, ia menggunakan 7digital untuk menjana perkhidmatan tersebut, sekaligus membolehkan para pengguna tempatan turut menikmati perkhidmatan tawaran muzik, memandangkan 7digital telah pun dilancarkan di Malaysia pada bulan Oktober lepas.

Menggunakan Ubuntu One Music Store, para pengguna boleh mendapatkan lagu pada harga serendah $0.99. Bersama-sama dengan pengenalan Ubuntu One Music Store yang diberikan nafas baru ini, Canonical turut sama mengadakan promosi khas, membolehkan sesiapa sahaja yang membeli lagu dari sekarang sehingga penghujung Oktober, untuk menerima langganan percuma Ubuntu One Music Streaming selama 6 bulan, dan juga ruangan storan tambahan sebanyak 20GB.


TIPS & ULASAN