Pelayar Web Chrome 23 Menyertakan Sokongan Perkongsian Pada Bar URL

Pelayar Web Chrome 23 Menyertakan Sokongan Perkongsian Pada Bar URL

Diterbitkan pada Sep 12, 2012 oleh .

Nampaknya, Google terus menambah beberapa lagi fungsi baru untuk Chrome 23 (dev), dimana selepas sokongan untuk menetapkan kebenaran kandungan untuk setiap web, kini ia kelihatan Google menambah sokongan perkongsian sosial terus ke bar alamat Google Chrome.

Daripada kemaskini terbaru untuk pelayar web Chrome 23 Dev, Google mengantikan butang bintang yang digunakan pada pelayar web mereka, dengan butang tambah “+”. Ia juga mungkin merupakan petanda awal integrasi Google Plus ke dalam pelayar web popular tersebut.

Namun, buat masa ini, apabila para pengguna menekan butang tersebut, mereka akan diperlihatkan dengan pautan tambahan “Share This Page”. Dan apabila mengikutinya, ia memberikan pilihan untuk pengguna menambah add-on Chrome berbentuk perkongsian terus daripada Chrome WebStore.

Mungkin sokongan ini akan dilancarkan oleh Google secara rasminya bersama-sama dengan Chrome 23 kelak. Sementara itu, mungkin bagi yang berminat, boleh memuat-turun Chrome 23 daripada saluran pembangun dan mencubanya sendiri hari ini.

Muat-Turun Google Chrome 23 Dev

Ini merupakan pelayar web versi pembangunan, dan mungkin terdapat beberapa masalah yang masih belum dikenal pasti padanya. Gunakan versi stabil pelayar web Chrome sekiranya was-was


TIPS & ULASAN