Motorola Dan Intel Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Baru Pada 19 September

Motorola Dan Intel Bakal Memperkenalkan Telefon Pintar Baru Pada 19 September

Diterbitkan pada Sep 12, 2012 oleh .

Baru sahaja tempoh hari Motorola mengumumkan tiga peranti baru mereka kepada umum. Namun, bukan itu sahaja peranti baru mereka, dimana kini Motorola disasarkan untuk mengumumkan sesuatu yang baru pada 19 September ini, hasil bekerjasama dengan pihak Intel.

Motorola dan Intel berkemungkinan besar akan mengumumkan telefon pintar berkuasakan cip pemprosesan Intel Atom, dan dijana menggunakan Android pada acara tersebut kelak.

Pada acara sebelum ini, Motorola mengatakan mereka akan memfokuskan kepada tiga perkara, iaitu kelajuan rangkaian, masa bertahan bateri, dan juga Android. Mungkin kita akan dapat melihat ketiga-tiganya turut didatangkan bersama-sama peranti Intel terbaru mereka, membawakan sokongan rangkaian LTE, bateri berkapasiti tinggi, dan dijana Android. Disamping itu, sokongan skrin dari bucu ke bucu (sepertimana pada Droid RAZR M) juga mungkin didatangkan pada peranti baru mereka.

Sama-sama kita nantikan 19 September ini untuk melihat apakah yang bakal diumumkan oleh Motorola.


TIPS & ULASAN