Cari @ Amanz

Umum mungkin sedia maklum, yang mana Samsung tidak mempunyai rekod yang cemerlang dalam memperkenalkan kemaskini Android untuk peranti mereka. Namun, perkara tersebut mungkin berubah bermula daripada Galaxy S3, dimana kini ia dilaporkan, Samsung telah mengesahkan peranti tersebut akan menerimanya seawal Oktober ini.

Perkara ini diumumkan Samsung, lanjutan daripada pengumuman yang mana Galaxy S3 versi 4G akan didatangkan bersama-sama Jelly Bean ketika dijual, dan semestinya pengumuman berkenaan kemaskini ini mengembirakan ramai pengguna S3 sedia ada.

Daripada perkembangan sedia ada, beberapa versi pembangunan untuk Galaxy S3 telah pun tertiris ke arena web, membolehkan mereka yang ingin mencubanya, memuat-turun dan memasangnya dengan risiko sendiri.

Pada pelancaran Galaxy Note 2 tempoh hari, Samsung telah pun sedia mengumumkan yang mana Galaxy S3 dan juga Galaxy Note 10.1 akan menerima Jelly Bean tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd