Cari @ Amanz

Dengan arena sosial yang semakin berkembang, kita sering melihat pelbagai pautan yang dikongsikan di arena sosial. Mungkin ada yang tidak berani untuk klik, memandangkan ia mungkin pautan berbentuk spam, dan bukannya pautan yang menawarkan kandungan sebenar. Di Chrome, anda boleh menyemaknya terlebih dahulu melalui add-on yang dinamakan SwiftPreview.

SwiftPreview membolehkan anda melihat pautan yang bakal dibuka anda dalam bentuk preview apabila meletakkan tetikus di atas sesuatu pautan. Anda juga boleh mengawal bagaimana ia akan kelihatan kelak, seperti saiz popup, serta nama domain yang dibenarkan dan juga dihalang.

Sokongan ini semestinya salah satu perkara yang menarik sekiranya anda sering menghabiskan masa di Twitter dan Facebook, dan ingin memastikan pautan yang bakal dibuka itu adalah salah satu pautan yang sebenar. Disamping itu, ia amat berguna sekiranya anda turut menghabiskan masa di laman seperti Reddit, dimana kebanyakkan pautan yang dikongsikan adalah berbentuk gambar.

Bagi mereka yang menggunakan Chrome, boleh memasang SwiftPreview pada pelayar web anda hari ini, dan memudahkan lagi proses pelayaran web anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd