Cari @ Amanz

Dengan dunia yang bergerak pantas, dimana privasi seseorang kini terdedah pada pelbagai tempat, dan sering disalahgunakan oleh syarikat-syarikat tempatan. Untuk mengatasi masalah ini, salah satu akta yang dibincangkan sejak sebelum ini adalah Akta Perlindungan Data Peribadi Malaysia 2010.

Data peribadi adalah “minyak” pada abad ini.

Bercakap mengenai data peribadi, semestinya ramai yang tertanya-tanya, apakah itu data peribadi? Data peribadi adalah salah satu perkara, informasi dan sebagainya yang membolehkan anda mengenal-pasti seseorang. Ini adalah termasuk info seperti alamat emel, nombor telefon, profil internet, dan pelbagai perkara lain lagi.

Semestinya, salah satu perkara yang sering teringat oleh ramai pengguna apabila bercakap mengenai data peribadi adalah panggilan daripada pemasar yang ingin menjual barangan, terutamanya seperti insuran dan sebagainya menerusi panggilan telefon.

Di Malaysia, ramai yang tidak selesa dengan perkara ini, dan sentiasa tertanya-tanya bagaimanakah sesuatu pihak mendapat maklumat peribadi anda dan sebagainya. Melalui akta ini, ia cuba mengatasi perkara ini, serta pada masa yang sama melindungi data peribadi semua penduduk.

Untuk perkara ini sebuah badan khas ditubuhkan, yang mana akan memantau dan menguatkuasa akan akta ini, sekaligus mendidik para pengguna berkaitan dengan akta ini.

Ia masih lagi dalam perbincangan bagaimanakah ianya akan dikuat-kuasakan kelak. Dari segi penguat-kuasaan pula, semua perniagaan yang terlibat dalam pengumpulan data peribadi pengguna akan diminta untuk mendaftar dibawah mereka untuk mendapat sijil kebenara. Namun, bagaimana ia akan dilaksanakan masih menjadi tanda tanya.

..disasarkan untuk diaktifkan sebelum penghujung tahun 2012.

Bercakap mengenai bilakah ia akan diaktifkan di Malaysia, sepatutnya ia aktif bermula bulan Jun yang lepas. Tetapi tertangguh seketika, memandangkan beberapa perkara masih lagi belum jelas sepenuhnya, seperti bagaimana sesuatu syarikat perlu mendaftar untuk menjadi pengguna data, bagaimana cara sepatutnya, dan sebagainya.

Namun, daripada apa yang kedengaran, ia disasarkan untuk diperkenalkan sebelum penghujung tahun ini. Kami akan berkongsi lebih banyak perkara berkaitan akta ini dalam kemaskini akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd