500 Juta Peranti Android Telah Diaktifkan Sehingga Ke Hari Ini

500 Juta Peranti Android Telah Diaktifkan Sehingga Ke Hari Ini

Diterbitkan pada Sep 12, 2012 oleh .

Pada minggu lepas, Eric Schmidt telah berkongsi yang mana kini angka pengaktifan peranti Android baru mencecah 1.3 juta peranti setiap hari, dan kini, beberapa jam sebelum Apple berkongsi mengenai platform iOS 6 mereka, ia diumumkan sebanyak 500 juta peranti Android telah diaktifkan seluruh dunia.

Jumlah ini merangkumi telefon pintar dan juga tablet yang dijana menggunakan Android. Pada minggu lepas, Eric Schmidt mengatakan jumlah pengaktifan tablet Android adalah sekitar 70,000, dan selebihnya adalah telefon pintar, memperlihatkan lebih ramai meminati telefon pintar Android dari hari ke hari.

Pada hari ini, kebanyakkan pengeluar telah pun mengeluarkan peranti Android mereka, termasuk Samsung yang memasarkannya secara drastik berbanding pengeluar lain.

Jadi, mungkinkah pengaktifan peranti Android akan terus meningkat dari hari ke hari, ataupun akan menerima persaingan sengit daripada Windows Phone 8 tidak lama lagi?


TIPS & ULASAN