Kemaskini ICS Untuk Tab 7.0 Plus, Tab 7.7 Dan Jelly Bean Untuk Galaxy Nexus Diperkenalkan

Kemaskini ICS Untuk Tab 7.0 Plus, Tab 7.7 Dan Jelly Bean Untuk Galaxy Nexus Diperkenalkan

Diterbitkan pada Sep 12, 2012 oleh .

Setelah dinantikan sekian lama oleh pengguna tempatan, akhirnya kini para pengguna peranti Samsung Galaxy Nexus di Malaysia telah pun mula menerima kemaskini Android 4.1 Jelly Bean untuk peranti mereka, membolehkan mereka menikmati pelbagai fungsi baru yang dibawakan Jelly Bean.

Galaxy Nexus

Kemaskini Jelly Bean telah pun diperkenalkan untuk Galaxy Nexus sejak daripada bulan lepas lagi kepada para pengguna global, namun mengalami penangguhan untuk pengguna tempatan kerana versi peranti yang berbeza. Namun, beberapa penjual dan syarikat telekomunikasi turut sama telah menjual Galaxy Nexus yang didatangkan bersama-sama Jelly Bean bermula beberapa minggu lepas.

Selain daripada Galaxy Nexus, antara peranti lain yang menerima kemaskini adalah termasuk Samsung Tab 7.0 Plus dan juga Samsung Tab 7.7, iaitu kemaskini Ice Cream Sandwich.

Terima kasih kepada semua yang memaklumkan kami.


TIPS & ULASAN