Apple seperti biasa memulakan acara pengumuman iPhone baru mereka dengan berkongsi pelbagai statistik menarik berkaitan dengan iOS dan juga OS X. Tim Cook mengatakan yang mana kini terdapat sebanyak lebih daripada 700,000 aplikasi iOS di AppStore, sekaligus menawarkan pelbagai pilihan untuk para pengguna.
Daripada angka tersebut, sebanyak 250,000 aplikasi dioptimasikan untuk pengguna iPad, dan menariknya, sebanyak 90% daripada aplikasi tersebut, dimuat-turun oleh para pengguna setiap bulan.
Bercakap mengenai purata penggunaan aplikasi oleh para pengguna, Tim Cook mengatakan hampir 100 aplikasi digunakan oleh seseorang pada peranti mereka.