Cari @ Amanz

Untuk perisian desktop, salah satu yang diperlukan dalam menguruskan peranti iOS adalah iTunes. Setelah sekian lama tiada sebarang kemaskini dari segi antaramuka padanya, ia bakal diberikan nafas baru pada iTunes 11 kelak.

iTunes 11 bukan sahaja diberikan nafas baru pada versi Windows dan Mac, tetapi turut sama pada versi iPad, iPhone dan sebagainya. Dengan lebih ramai yang memfokuskan kepada pembelian kandungan padanya, Apple memfokuskan sepenuhnya, serta mengintegrasikan sokongan Facebook pada iTunes.

Versi Windows dan Mac turut sama akan menerima kemaskini menyerupai antaramuka pada iOS, dimana menawarkan pelayaran kandungan dalam bentuk lebih interaktif, selain turut menyertakan kotak carian yang lebih baik padanya. Integrasi iCloud juga didatangkan terbina, membolehkan para pengguna sync kandungan mereka antara peranti mudah-alih dan desktop dengan mudah.

iTunes baru akan diperkenalkan untuk pengguna iOS melalui iOS6 pada 19 September ini, manakala untuk pengguna Windows dan Mac pada bulan Oktober.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd