iPod Touch Baru Berharga RM1049 – Pra-Tempahan Bermula 14 September

iPod Touch Baru Berharga RM1049 – Pra-Tempahan Bermula 14 September

Diterbitkan pada Sep 13, 2012 oleh .

Bersama-sama dengan iPhone 5, Apple turut sama telah mengumumkan iPod Touch baru, yang mana membawakan sokongan lebih kurang serupa, dan tidak menyertakan sokongan telefoni yang terdapat pada iPhone.

iPod Touch yang baru ini menyertakan paparan Retina dengan skrin bersaiz 4-inci (16:9) padanya, dan sama seperti iPhone 5, Apple turut memasarkannya sebagai iPod Touch yang paling ringan dan nipis sehingga kini.

Ia dijana menggunakan cip pemprosesan A5 (yang digunakan pada iPhone 4S0, disamping turut menambah baik sokongan bateri, serta kamera belakang yang dikemaskini kepada 5-megapixel. Kamera hadapan iPod Touch baru ini juga turut sama didatangkan dengan sokongan FaceTime pada 720p. Sokongan Siri yang diperkenalkan pada iPhone 4S sebelum ini turut didatangkan bersama-sama iPod Touch baru ini.

iPod Touch baru ini akan didatangkan bersama-sama iOS 6, dan juga EarPod, serta ditawarkan dalam pelbagai jenis warna dengan ruangan storan sebanyak 32GB dan 64GB.

Di Malaysia, harga jualan yang ditetapkan adalah pada harga RM1049, dan pra-tempahan akan bermula pada 14 September kelak.


TIPS & ULASAN