iPod Nano Berharga RM529 – Pra-Tempahan Bermula 14 September

iPod Nano Berharga RM529 – Pra-Tempahan Bermula 14 September

Diterbitkan pada Sep 13, 2012 oleh .

Bagi yang gemar mendengar lagu sahaja, mungkin salah satu peranti kegemaran anda adalah iPod Nano. Hari ini, Apple turut sama mengumumkan kemaskini untuk iPod Nano, dimana membawakan rekabentuk baru dengan skrin yang lebih besar, iaitu bersaiz sekitar 2.5-inci padanya, dan membawakan penambahan sokongan radio FM.

Sokongan radio FM semestinya salah satu perkara yang digemari para pengguna, membolehkan para pengguna mendengar radio sambil melakukan tugas lain, selain daripada mendengar lagu yang dibeli menggunakan iTunes. Disamping itu, iPod Nano baru turut sama menyertakan sokongan Bluetooth padanya, membolehkan anda menghubungkan ia dengan penguat-suara, stereo kereta dan sebagainya dengan mudah. Untuk mereka yang berminat dengan aktiviti sukan, mereka turut boleh menggunakan pedometer terbina pada iPod Nano, dan mengetahui aktiviti sukan harian anda dengan mudah menggunakannya.

iPod Nano baru turut sama membawakan sokongan kabel Lightning untuk pengecasan dan pemindahan data, selain didatangkan dengan Apple Earpod yang baru.

Para pengguna tempatan yang berminat, boleh membuat pra-tempahan melalui laman rasmi Apple Store Malaysia bermula 14 September ini.


TIPS & ULASAN