Cari @ Amanz

Bagi para pengguna pelayar web Google Chrome, semestinya mengetahui akan halaman chrome://flags, yang mana menawarkan kebolehan mengawal tetapan privasi padanya. Namun, perkara tersebut mungkin sukar, dan tidak mesra bagi para pengguna baru.

Untuk mengatasinya, salah satu aplikasi tambahan untuk Chrome yang menarik adalah Privacy Manager. Privacy Manager ini menawarkan kebolehan untuk mengubah pelbagai tetapan dengan hanya satu klik sahaja, selain boleh melihat tetapan penuh anda dengan senang melaluinya.

Ia juga turut didatangkan dengan penerangan ringkas berkenaan sesuatu perkara, yang mana para pengguna boleh ketahuinya dengan meletakkan tetikus di atasnya.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mengunakannya, dan mengawal sepenuhnya data dan privasi anda di internet dengan mudah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd