Bagi para peminat kamera, semestinya salah satu yang dinantikan adalah kamera full-frame terbaru Nikon D600 DSLR. Hari ini, Nikon Malaysia telah pun mengumumkannya secara rasmi di Malaysia, memperkenalkan kamera terbaru tersebut kepada para pengguna tempatan.
Nikon D600 DSLR membawakan sensor 24-megapixel CMOS, rakaman berterusan pada kadar 5.5fps, shutter speed pada kadar 1/4000 ke 30 saat, serta sokongan rakaman video pada kadar HD penuh. Ia turut sama menyertakan LCD bersaiz 3.2-inci untuk melihat gambar terlebih dahulu, serta menyertakan sokongan 2 memori slot untuk SDXC. Nikon D600 turut menyertakan bateri berkapasiti 1,900 mAh yang bertahan untuk sehingga 900 rakaman.
Ia akan mula dijual bermula minggu hadapan (18 September), dimana harga jualan akan turut diumumkan pada hari tersebut. Harganya dikatakan akan lebih murah daripada D800 yang berada di pasaran hari ini.
Bersama-sama dengan pengumuman Nikon D600, pihak Nikon Malaysia turut sama memperkenalkan Nikon CoolPix S01 dan juga kamera Android Nikon pertama, iaitu Nikon CoolPix S800C. Semuanya disasarkan untuk dijual pada bulan ini.