Nexus 7 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Jumaat Hadapan – 21 September

Nexus 7 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada Jumaat Hadapan – 21 September

Diterbitkan pada Sep 13, 2012 oleh .

Google Nexus 7 daripada Asus semestinya merupakan salah satu tablet yang dinantikan ramai pengguna tempatan. Kini pihak Asus Malaysia telah pun mula menghantar jemputan, memperlihatkan ia bakal dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada Jumaat depan – 21 September.

Nexus 7 merupakan tablet Android 4.1 Jelly Bean yang membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.3Ghz Cortex A9 serta didatangkan bersama GPU ULP GeForce. Ia turut didatangkan bersama-sama kamera hadapan 1.2-megapixel untuk panggilan video.

Harga rasminya dijangka akan diumumkan pada acara pelancaran hari Jumaat hadapan. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN