iOS 6 – Apakah Yang Disokong Untuk Pengguna Malaysia?

iOS 6 – Apakah Yang Disokong Untuk Pengguna Malaysia?

Diterbitkan pada Sep 13, 2012 oleh .

Dengan pengumuman iOS 6 semalam, semestinya ramai yang tertanya-tanya apakah yang bakal disokong untuk para pengguna tempatan. Secara kasarnya, daripada 24 fungsi yang diperlihatkan, hanya sebanyak 8 sahaja yang akan disokong di Malaysia.

Dan daripada 8 tersebut, ia termasuk sokongan AppStore, Games, iTunes Music dan iTunes Movie yang sedia diperkenalkan kepada para pengguna tempatan sejak sebelum ini.

Jadi, secara penuh, berikut merupakan fungsi yang bakal dinikmati pengguna tempatan melalui iOS 6 kelak:

  1. Fungsi Maps asas
  2. Sokongan paparan satelit pada Maps
  3. Sokongan petunjuk arah (directions) pada Maps
  4. Carian pada peta
  5. iTunes Store – Music
  6. iTunes Store – Movies
  7. AppStore
  8. Games

Beberapa perkara, seperti sokongan navigasi pada Maps, serta pelbagai perkara baru yang diperkenalkan pada Siri, termasuk integrasi Twitter dan Facebook pada Siri tidak dapat digunakan oleh para pengguna tempatan.

Apple juga tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sama ada ia akan diperkenalkan secara berperingkat ataupun tidak.


TIPS & ULASAN