Cari @ Amanz

Adakah MDeC masih relevan dan berguna dengan adanya Digital Malaysia?

Umum mungkin sedia maklum akan mengenai Digital Malaysia yang diumumkan baru-baru ini dalam membantu mempertingkatkan dan memperkukuhkan industri ICT negara. Namun, sejak daripada pengenalannya, ramai yang mempersoalkan, adakah MDeC masih lagi relevan dengan pengenalannya.

Untuk membincangkan perkara ini, TeAM bersama-sama dengan beberapa rakan kerjasama akan membincangkan perkara ini melalui sebuah acara terbuka pada minggu hadapan – 19 September.

Bila? – 19 September 2012
Masa? – 5.30 petang sehingga 7.30 petang
Dimana? Plug & Play Technology Garden, Mid Valley

Melalui acara khas tersebut, beberapa pihak dijemput untuk membincangkan mengenai perkara ini, termasuk Badlisham Ghazali daripada MDeC, dan juga Ganesh Kumah daripada MOL Global.

Kami akan cuba membawakan kemaskini daripada acara tersebut pada minggu hadapan, dan sekiranya anda mempunyai masa terluang, mungkin boleh turut sama hadir, dan bertanya akan pertanyaan anda pada forum berkenaan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd