Terato Games, sebahagian daripada pembangun aplikasi mudah-alih tempatan terkemuka, Terato Tech nampaknya bergerak pantas pada tahun ini, dengan mensasarkan untuk memperkenalkan beberapa permainan, dan salah satunya adalah AMOK untuk iPhone.
AMOK membawakan genre permainan gabungan antara arked, aksi dan pengembaraan, dan dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna iPhone. Daripada halaman khas di BulkyPix, ia kelihatan permainan ini dibangunkan oleh Terato Games dengan bekerjasama bersama BulkyPix.
Buat masa ini, daripada gambaran permainan yang diperlihatkan, ia menunjukkan permainan ini kelak akan membawakan permainan corak pengembaraan, dimana para pemain perlu menghabiskan aksi disesuatu lokasi sebelum meneruskan ke tahap dan lokasi yang lain. Menariknya, permainan ini juga turut menggunakan nama-nama lokasi tempatan, dan watak-watak berasaskan adiwira tempatan.
Ia masih lagi belum dapat dipastikan bilakah permainan ini akan dilancarkan secara rasminya pada AppStore.