YouTube Space Lab adalah salah satu pertandingan yang dianjurkan oleh Google, memfokuskan khas untuk para pelajar sekolah menengah dalam hadir bersama-sama beberapa eksperimen menarik. Dan sebagai penamat, hari ini, eksperimen daripada pemenang YouTube Space Lab akan dipertontonkan langsung daripada angkasa.
Ia akan disiarkan secara langsung pada pukul 10.50 malam ini, dimana sebanyak dua eksperimen yang terbaik daripada enam pemenang akhir itu akan dipertontonkan langsung di YouTube dari jarak sejauh 250 kilometer daripada Bumi.
Bagi anda yang meminati eksperimen dan dunia Sains, mungkin boleh menontonnya secara langsung daripada saluran YouTube rasmi untuk SpaceLab, dimana kami turut sama akan berkongsi kemaskini berkaitan dengannya dalam artikel akan datang.
Terima kasih Fadlisham