Aplikasi Facebook Untuk BlackBerry Dikemaskini Kepada Versi 3.2

Aplikasi Facebook Untuk BlackBerry Dikemaskini Kepada Versi 3.2

Diterbitkan pada Sep 14, 2012 oleh .

Akhirnya, setelah diuji pada saluran Beta Zone sebelum ini, kini aplikasi Facebook untuk Blackberry telah pun dikemaskini kepada versi 3.2, membawakan beberapa perkara baru untuk para pengguna laman sosial terkemuka di dunia – Facebook.

Pada Facebook untuk BlackBerry 3.2 ini, ia menyertakan sokongan mengintegrasikan tarikh hari lahir rakan-rakan anda terus ke kalendar, dan menerima notifikasi dengan sokongan untuk menulis terus pada wall rakan-rakan dengan ucapan hari lahir. Ini semestinya memudahkan para pengguna mengingati tarikh hari lahir rakan-rakan mereka tanpa terlepas hari yang penting.

Disamping itu, para pengguna juga kini boleh RSVP untuk Facebook Events, disamping menghantar komen pada wall sesuatu halaman acara itu. Grid navigasi juga diberikan nafas baru, membawakan beberapa ikon yang dikemaskini pada aplikasi ini.

Para pengguna BlackBerry boleh memuat-turun Facebook untuk BlackBerry 3.2 terus daripada BlackBerry AppWorld, dan mula menggunakannya hari ini.

Muat-Turun Aplikasi Facebook Untuk BlackBerry 3.2


TIPS & ULASAN