Cari @ Amanz

Dengan pembangunan pantas pada pelayar web Firefox, Mozilla merancang pelbagai perkara baru padanya, dimana antaranya semestinya antaramuka Australis, dan kini kelihatan, kelak mungkin pihak Mozilla akan memberikan peluang untuk para pengguna mengakses bahagian tab secara menegak ataupun mendatar.

Pada masa kini, ia memperlihatkan tab pada bahagian URL secara mendatar. Namun, dengan lebih ramai yang mula menggunakan skrin komputer yang lebih luas, ruangan pada bahagian tepi seperti tidak digunakan sepenuhnya. Apatah lagi kebanyakkan web hanya merangkumi bahagian tengah sahaja.

Dengan pengenalan sokongan memperlihatkan tab pada bahagian tepi pelayar web, ia akan memberikan pelayaran web yang lebih menarik, disamping menggunakan skrin secara lebih menyeluruh. Dan semestinya ia juga akan memberikan nilai tambah untuk peranti sentuh, terutamanya tablet berasaskan Windows 8 yang bakal memasuki pasaran tidak lama lagi.

Namun, buat masa ini, ia masih pada peringkat cadangan, dan mungkin akan berubah pada masa akan datang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd