Lebih 50% Peranti Android Diseluruh Dunia Terancam Kepada Malware

Lebih 50% Peranti Android Diseluruh Dunia Terancam Kepada Malware

Diterbitkan pada Sep 14, 2012 oleh .

Dengan meningkatnya sesuatu populariti sistem operasi, masalah sekuriti yang dihadapi olehnya turut meningkat dengan lebih ramai pengodam mensasarkan sistem tersebut. Dan menurut Duo Security, sebanyak lebih daripada 50% peranti Android diseluruh dunia terancam kepada pengodam dan malware.

Perkara ini dikongsikan oleh mereka, hasil daripada data yang dikumpulkan daripada lebih 20,000 peranti Android yang memasang aplikasi X-Ray. Aplikasi X-Ray menawarkan sokongan pengimbasan untuk melihat peranti Android anda mempunyai sebarang masalah ataupun tidak.

Masalah berkaitan dengan platform Android bukanlah sesuatu yang baru, dimana telah hangat diperkatakan sejak sebelum ini. Namun, masalah utamanya mengapa ia terjadi adalah disebabkan oleh kebanyakkan pengeluar yang tidak mengeluarkan kemaskini semasa untuk peranti mereka.

Seperti umum sedia maklum, kebanyakkan peranti Android masih lagi menggunakan platform Gingerbread, dan daripada pecahan yang diperlihatkan sebelum ini, ia tampak jelas yang mana kebanyakkan kemaskini yang dikeluarkan tidak diterima semua peranti.

Namun, sejak daripada pengenalan Jelly Bean, ia kelihatan pengeluar peranti masing-masing sedang bersaing dalam memperkenalkan kemaskini kepada para pengguna mereka.

Jadi, bagi para pengguna Android, apa pendapat anda berkenaan perkara ini?


TIPS & ULASAN