Cari @ Amanz

Dengan pengumuman pihak Apple berkenaan dengan iOS 6 yang bakal dilancarkan kepada umum pada 19 September, semestinya ramai yang tidak sabar untuk menggunakannya pada peranti masing-masing. Kini, anda boleh dengan menggunakan fail kemaskini yang diperkenalkan untuk pembangun semalam.

  • Amaran
  • Mengemaskini dengan menggunakan ini tidak mendapat sokongan Apple, dan mungkin terdapat beberapa risiko selepas proses kemaskini.

Seperti biasa, sebelum memulakan sebarang proses, buat salinan pendua data-data pada peranti anda dengan menggunakan iTunes. Selesai sahaja membuat salinan pendua, anda boleh memuat-turun fail iOS 6 Golden Master yang dikongsikan, mengikut peranti anda.

Selain daripada fail kemaskini iOS 6 untuk peranti anda, anda juga turut sama memerlukan perisian iTunes terkini, iaitu iTunes 10.7 yang membawakan sokongan untuk iOS 6.

Sebaik sahaja anda mempunyai semua fail, dan sedia membuat salinan pendua untuk dokumen dan data pada peranti anda, anda boleh memulakan proses kemaskini.

  1. Buka fail yang dimuat-turun (berformat .dmg) dan cari fail .ipsw untuk peranti anda. Sebaik sahaja menjumpainya, tarik fail tersebut ke desktop anda. Perkara ini boleh dilakukan terus oleh para pengguna OS X, manakala pengguna Windows memerlukan perisian 7-Zip, dan turut memerlukan anda untuk membuka fail .hfs didalam fail .dmg berkenaan.
  2. Sambungkan peranti ke komputer, dan buka iTunes pada komputer. Pergi ke tab “Summary”.
  3. Bagi para pengguna OS X, tekan butang “Option” dan klik pada butang Restore. Untuk pengguna Windows pula, anda perlu menekan butang “Shift” sambil klik pada butang Restore.
  4. Pilih fail .ipsw yang disimpan tadi.
  5. Proses kemaskini akan berlaku secara automatik, dan selepas ianya selesai, mungkin anda inginkan restore semula data pendua yang dibuat pada iTunes anda pada awal tadi.

Semestinya cara ini mempunyai risikonya tersendiri, dan tidak digalakkan. Namun, bagi anda yang tidak sabar, mungkin boleh mencubanya.

iOS 6 bakal diperkenalkan kepada umum secara rasminya pada 19 September ini, dan mungkin anda ingin semak apakah yang bakal disokong untuk para pengguna Malaysia kelak.

Tips awal daripada Maha Sabirin.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd