10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 7 Hingga 13 September

10 Carian Terhangat Di Google Malaysia Sepanjang 7 Hingga 13 September

Diterbitkan pada Sep 14, 2012 oleh .

Enjin carian Google merupakan enjin carian yang digunakan utama yang digunakan ramai pengguna seluruh dunia, termasuk Malaysia. Salah satu sebab utama adalah dalam mengetahui pelbagai isu semasa dengan mudah melaluinya.

Sepanjang 7 hingga 13 September 2012 yang lepas, ramai pengguna tempatan telah melakukan pelbagai carian kata kunci pada Google, dan Google Malaysia kini berkongsi akan sepuluh kata kunci yang paling popular sepanjang tempoh tersebut.

Kemas

Sepanjang minggu lepas, ia kelihatan ramai ibu bapa yang sibuk mencari maklumat berkenaan dengan pusat penjagaan dan pendidikan awal KEMAS, dan mendaftar untuk sesi tahun 2013.

Morgan Freeman

Salah seorang pelakon veteran yang popular, Morgan Freeman dikatakan telah meninggal dunia di Facebook dan Twitter. Namun, ia hanyalah berita yang tidak benar.

Ryan Higa

Salah seorang pelakon komedo do YouTube mula menjadi dan mendapat perhatian ramai pengguna tempatan. Beliau yang lebih dikenali sebagai NigaHiga di YouTube telah ke Malaysia untuk sesi bertemu peminat mereka di sini.

MATTA Fair 2012

Bagi mereka yang gemar melancong, semestinya MATTA Fair merupakan salah satu perkara yang dinantikan mereka, memandangkan ia adalah travel fair terbesar di Malaysia.

Sang Saka Malaya

Dengan peristiwa dua anak muda yang memperlihatkan bendera “Sang Saka Malaya” pada hari kemerdekaan yang lepas, lebih ramai mula mencari maklumat tambahan berkenaan dengannya.

Cristiano Ronaldo

Berita mengatakan yang mana bekas pemain Manchester United ini tidak begitu gembira di kelab sekarang, Real Madrid.

US Open

Andy Murray mengalahkan Novak Djokovic yang mana merupakan juara pada tahun 2011, sekaligus merangkul juara Grand Slam lelaki pada 10 September lepas.

Lan Kwai Fong

Lan Kwai Fong adalah salah satu jalan kecil di Hong Kong, dimana ramai pengguna tempatan yang mencari pelbagai tempat makan dan restoran yang menarik di sana.

Muara Hati Hati

Lagu terbaru yang dinyanyikan oleh Siti Nurhaliza dan juga Hafiz AF ini mula menjadi popular, setelah diperdengarkan melalui drama bersiri Adam & Hawa.

Volkswagen Malaysia

Lebih ramai pengguna tempatan mula mencari maklumat lanjut dalam mengetahui akan mengenai Volkswagen Beetle yang diperlihatkan pada 7 September lepas.


TIPS & ULASAN